Kes ni jadi masa zaman kat boarding school dulu dkt Muadzam Shah. Tahun 1999, masa tu form 1. Kalau nak tau, Muadzam Shah ni kawasan baru bukak (zaman tu la). Supermarket pun takde lagi. Jadi masih banyak la kawasan-kawasan hutan tebal yg belum diteroka. Dan sekolah saya ni pun boleh dikategorikan sebagai baru, sebab baru 4 tahun beroperasi. Keliling kawasan sekolah ni pun hutan-hutan lagi.
Nak dijadikan cerita, masuk-masuk je sekolah ni memang dh rasa tak sedap badan. 1st day kelas dah demam-demam. tak taulah sebab tak serasi (ke sebab tak penah duk jauh ngn mak). Masa demam tu mmg agak teruk la, sbb temperature tibe-tibe naik sampai tak larat nak bangun. Dan demam tu melarat la sampai seminggu. Jadi, dalam masa seminggu tu kalau time kelas prep petang dari pukul 2 sampai 4.30 saya akan stay kat bilik sakit kat hostel. Sorang-sorang. Dalam bilik sakit tu, ada 3 katil single. Selalunya saya akan baring kat katil yang paling dekat dengan pintu. Satu hari, dalam tengah mamai-mamai, saya beralih mengadap ke katil sebelah. Tiba-tiba boleh ternampak mcm bayang org berbaring kat bawah katil yg kedua. (Sekarang ni pun dh terasa macam meremang2). Nak sedapkan hati, cakapla kat diri sendiri, demam sbb tu nampak bukan-bukan.
Tak lama lepas tu, kiranya dah baik demam la. Ada satu malam, terbangun nak terkencing. Toilet lak kat ujung blok. Kejutkan sorang roommate ni, nama dia Kak Azie mintk temankan pi toilet. Jadi saya dan dia berjalanla bersama-sama ke toilet. Tapi yang pelik, dia senyap je. Tak cakap apa pun. Jalan pun pandang depan je. Sampai kat toilet dia pun masuk sekali. I mean, sebelah2 la kan. Dah selesai urusan, pi dekat sinki nak cuci tangan. Tapi Kak Azie ni tak kuar-kuar lagi. Sementara nak tunggu dia setel, saya cuci la muka sekali.
Kalau cuci muka maknanya muka kita akan menunduk ke bawah kan. Bila angkat je muka tgk kat cermin. Setongkol kepala sahaja kt belakang saya. Kepala sahaja ye.ngn rambut panjang lidah terjelir. Memang tergamam. Dan imej adalah sama mcm yg saya nampak kat bilik sakit. Cuma yg ni dia tinggal kepala je. Tapi benda-benda macam tu biasalah sekali imbas je. Terus lari tunggu kat luar toilet. Yang Kak Azie ni still tak kuar-kuar lagi. Sudahnya saya tinggalkan dia balik dorm sorang-sorang. Yang bestnye, masuk dorm tgk dia sedap tido. Jadi dalam kepala pikir, mybe dia yang tinggalkan saya sorang-sorang. Esok pagi-pagi tanya la kat dia, "Apsal akak tinggal saya kat toilet semalam sorang-sorang?". Kak Azie buat muka pelik sambil cakap,"Bila awak kejut akak?", mau tak berderau darah time tu. Sape lak pulak yg baik hati teman saya malam tadi.
Cerita tak habis kat situ. Demam plak makin menjadi-jadi. On off. Kadang2 sampai meracau2 kalo dh teruk sangat. Budak-budak dorm la yg tolong jagakan. Pi klinik doctor tak suspek apa2. Nak kata denggi pun bukan. Sudahnya tak tahan, mengadu dekat sepupu yg tinggal dekat Felda Keratong. Sebab parents jauh kat Kuantan. Jadi, sepupu ni bawak la pi berubat cara tradisional. Manela tu kan, masuk kawasan baru kitorang ni kan kampung sket. Pergila jumpa sorang pakcik ni, tak taula ustaz ke bomoh ke. Tapi ingat lagi masa berubat dengan dia, dia banyak baca-baca ayat Quran. Dia bagi air tawar la. Dia cakap "benda" dekat kawasan situ nak berkawan dengan saya. Memang taknak la kan, nak kawan ngn benda2 tak nampak ni. Konon2nya, masa berubat tu pakcik tu cerita "benda" tu siap marah2 dia sebab halang "benda" tu nak berkawan ngn saya. Taktau la betul ke tak kan.
Dh habis berubat, balik lah ke rumah sepupu ni. Kitorang tido ramai2 kat ruang tamu. Saya, wife dia pastu 3 orang anak-anak dia. Esok nya boleh wife dia cerita kat saya, malam tu dia terjaga nampak ada pompuan pakai serba putih berdiri kat hujung kaki saya mcm marah2. Agaknya tu la kot rupa "benda" yg admire kat saya tuh. Sejak dari peristiwa tu, tibe2 macam ada six sense. Kalo pergi tempat pelik2, mmg boleh ternampak la "mereka' di mana-mana.