Di Kem Bukit Timah

Kisah Nenek & Cucu Di Kem Bukit Timah

Nama saya Iza. Saya mempunyai kisah yang amat menyeramkan yang tidak dapat saya lupakan. Kisah yang saya ingin ketengahkan terjadi ketika saya menjalani perkhidmatan negara. Kem saya terletak di daerah Bukit Timah. Dipendekkan cerita, waktu itu saya ingin menunaikan hajat (membuang air kecil). Selepas saya selesaikan hajat saya, saya pun ke sinki untuk mencuci tangan dan muka saya. Apabila saya memandang cermin, saya ternampak kelibat seorang budak kecil berlari begitu pantas!!!

Saya menoleh ke belakang tetapi saya tidak nampak budak kecil berkenaan. Terus saya membuka pintu kubikel tandas satu persatu tetapi budak kecil itu tidak ada. Saya terus lari ke bunk saya, lalu saya baring dan pura-pura tidur. Entah mengapa saya ingin pandang ke arah tingkap dan  mahu tahu apa saya nampak? Saya ternampak nenek memegang tangan budak kecil itu. Saya terperanjat. Apabila mereka memandang ke arah saya, budak itu memberikan senyuman yang cukup lebar dan saya amat takut hingga tidak dapat menggerakkan tubuh saya.


Saya pun terus membacakan surah-surah dari Al-Quran. Setelah beberapa minit membaca ayat-ayat suci, saya dapat menggerakkan tubuh saya lalu saya pusingkan diri saya dan menutup mata. Selepas sekitar lima belas minit, saya memberanikan diri untuk membuka mata dan pandang ke arah tingkap. Syukurlah makhluk itu tidak ada di pandangan saya lalu saya pusingkan diri kembali dan saya ternampak nenek itu berdiri bersebelahan katil saya. Saya lalu pengsan sehingga keesokan hari. Selepas itu saya jatuh sakit dan demam panas.

Itu sahaja yang ingin saya berkongsi. Terima kasih...

Previous
Next Post »