Bunyi Ketukan Batu Lesung...
Di sini saya ada cerita mengenai pengalaman adik perempuan saya yang dialaminya baru2 ini.
Ceritanya begini, pada hari tersebut, adik saya berada di rumah sepupu kami. Di rumah itu cuma ada adik saya, dan dua orang sepupu kami. Sepupu kami yang lelaki sedang tidur di bilik. Jadi cuma tinggal adik saya dan sepupu perempuan kami.
Tiba2, dikatanya, sepupu perempuan kami ingin keluar sekejap untuk berjumpa dengan kawannya. Jadi tinggal adik saya keseorangan yang berjaga.
Waktu hampir memasuki Maghrib. Rumah itu menjadi gelap sangat dan menurut adik saya, keadaan rumah menjadi sangat sepi dan seram. Ketika itu dia sedang duduk di ruang tamu keseorangan. Dia tidak berani untuk bangun dari tempat sofa. Tapi kerana kepanasan, dia beranikan diri untuk bangun dan hidupkan kipas angin.
Tetapi keadaan di rumah itu tidak juga berubah dah masih lagi meyeramkan. Dia bangun dah bergegas ke bilik di mana sepupu lelaki kami sedang tidur. Dia cuba baring dan tenangkan diri. Tetapi apabila adik saya baring, pandangannya memandang ke arah ruang tamu yang gelap. Jadi dia bangun untuk menutup pintu dan menghempas pintu dengan harapan supaya sepupu kami bangun dan dapat menemankannya di luar. Tetapi sepupu kami terus tidur. Mungkin dia kepenatan.
Tiba2, adik saya kedengaran di dapur ada bunyi seperti ada orang sedang mengetuk batu lesung. Dia menjadi semakin takut. Ketukannya semakin kuat. Adik saya hanya berdiam diri di bilik mengharapkan seseorang akan pulang. Kedengaran ketukan semakin lama semakin kuat.
Tiba2, ada bunyi kunci orang membuka pintu. Adik saudara kami yang bongsu pulang. Dan bunyi yang adik saya dengar tadi terus hilang begitu saja. Adik saya terus pulang ke rumah dengan meminta sepupu kami yang bongsu menemaninya sampai ke bawah blok.
Itu saja cerita saya. Terima kasih dan selamat malam!
Nura Syiqin

Sumber